Thursday, September 28, 2017

Kegunaan Sistem Pengurusan Maklumat

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Disediakan Oleh: Muhammad Zahiruddin Bin Ramli

1)      PENGENALAN
·       _Masalah adalah situasi apabila individu menghadapi rintangan mencapai sesuatu matlamat.
·         Masalah meluaskan imginasi
·         Masalah menjadikan manusia maju
·         Paling sukar kenalpasti masalah sebenar
·         Kemahiran penyelesaian masalah diperlukan apabila wujud sesuatu rintangan dalam mencapai matlamat
Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam kompenan berfikir secara kritis dan kreatif. Menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternative untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan. Menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana dapat memajukan lagi kehidupan kita dengan ciptaan dan rekaan teknologi yang lebih canggih dan menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan selamat.

               2)    DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH
        1)      George Polya (ahli Matematik)
·         Mencari jalan keluar drp kesulitan jalan yg dikelilingi penghalang, mempunyai matlamat yg tidak difahami dgn serta merta.
·         Langkah yg dicadangkan ialah :-
o   Memahami dan mengenalpasti masalah
o   Membuat perancangan
o   Melaksanakan perancangan
o   Menyemak semula
·          Asas membuat keputusan
o   Apa masalah pokok
o   Buat perancangan – senaraikan rintangan, bgm hadapi rintangan
o   Laksanakan rancangan
o   Semak semula / menilai keputusan

2      2)      Woolfolk
·         Penyelesaian masalah didefinisikan sbg membuat formulasi terhadap jawapan baru
·         Meneroka aplikasi-aplikasi mudah drp aturan yg dipelajari utk mencipta satu penyelesaian
·         Penyelesaian masalah perlu apabila respons yg rutin atau serta merta tidak lagi sesuai
·         Terdapat 4 peringkat penyelesaian masalah:
o   Memahami dan menggambarkan masalah
o   Memilih dan merancang penyelesaian
o   Melaksanakan perancangan
o   Menilai hasil atau keputusan

        3)      Beyer
·         Langkah penyelesaian masalah yg dicadangkan :-
o   Mendefinisikan / Menyatakan semula masalah
o   Merancang dan memilih rancangan (alternatif)
o   Melaksanakan perancangan
o   Menilai keputusan

        4)      Green dan Knippn
·         Menentukan matlamat – apa matlamat kita?
·         Kenalpasti masalah
·         kenalpasti rintangan
·         kenalpasti alternatif
·         menilai pilihan
·         membuat pilihan terhadap alternative
·         membentuk perlaksanaan


  3)  APA ITU PENYELESAIAN MASALAH?

   Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen bebas  iaitu domain penakulan, yang menggariskan pola-pola tingkah laku yang boleh diguna kembali merentasi aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna penyelesaian masalah adalah satu siri teknik, melibatkan kedua-dua aspek iaitu kognitif dan tingkah laku, yang boleh diaplikasi pada pelbagai bidang untuk mendapatkan penyelesaian. Woods dan rakan-rakan (1975) mencadangkan bahawa „penyelesaian masalah adalah proses perolehan satu penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah baharu atau satu masalah yang mana sebelum ini individu yang cuba menyelesaikannya tidak pernah mengalaminya. Secara keseluruhan, penyelesaian masalah melibatkan satu siri tahap yang bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan seterusnya membawa kepada pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu proses berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam menentukan arah bagi penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah terlebih dahulu, diikuti dengan matlamat yang diingini atau perubahan yang diperlukan.

 4)   TAHAP-TAHAP DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian terdahulu, untuk memahami penyelesaian masalah dan memperbaiki keupayaan personal anda menyelesaikan masalah dengan lebih baik, adalah penting untuk tidak melihat kepada produk penyelesaian masalah tetapi melihat penyelesaian masalah sebagai satu proses yang membawa satu hasil positif. Kepentingan pendekatan ini adalah kerana ia menfokus pada proses mendapatkan penyelesaian, bukannya penyelesaian itu sendiri. Ini bermakna penekanan yang lebih diberikan pada tahap-tahap dalam
mencapai penyelesaian daripada hasil terakhirnya. Dengan itu, adalah penting kita memahami pelbagai tahap yang terlibat.
 Empat tahap yang terlibat adalah:
(a) Mengenal pasti dan mendefinisi satu masalah.  Satu masalah hanya boleh diselesaikan apabila kewujudannya dicam. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, satu masalah hanya dicam apabila ia telah menjadi satu perkara serius. Setelah pengecaman satu masalah, tindakan seterusnya
adalah mendefinisinya secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh dirujuk sebagai masalah tertutup atau terbuka. Satu masalah tertutup melibatkan kesemua keadaan di sekeliling penyimpangan daripada norma yang perlu didefinisi. Di sebaliknya, satu masalah terbuka melibatkan pengenal pastian dan pendefinisian objektif dan apa jua kekangan yang boleh menghalang anda daripada mendapatkannya. Perbezaan utama antara masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam Jadual 1.1. Menganalisis satu masalah secara menyeluruh adalah penting untuk memahami sepenuhnya dan menghasilkan pelbagai penyelesaian yang boleh membantu dalam mencapai matlamat anda. Mengenal pasti dan membawa bersama maklumat yang berkaitan dan mempersembahkannya dengan cara yang bermakna adalah satu komponen penting dalam menganalisa satu masalah. Selain daripada itu, analisis juga membantu untuk membuat keputusan tentang apakah penyelesaian yang terbaik, yang akhirnya memudahkan dan mendorong anda dalam pencarian penyelesaian.

Masalah tertutup
Masalah Terbuka
Memperoleh satu atau sejumlah terhad kemungkinan peneyelesaiannya
Boleh diselesaikan dengan pelbagai kaedah
Menganalisisnya membantu dalam mengenal pasti semua sebab yang berkemungkinan dan memastikan sebab atau halangan adalah benar, sebelum mencari penyelesaian
Menganalsisnya melibatkan pencarian maklumat yang akan membantu mencadangkan satu senarai cara-cara yang berkemungkinan untuk menyelesaikan masalah.
Jadual 1.1 Perbezaan antara masalah terbuka dan tertutup
(b) Mencari kemungkinan penyelesaian.  Secara umum, mengilhamkan pelbagai tindakan untuk menyelesaikan satu masalah melibatkan pencarian tindakan yang sesuai, mengenal pasti kekangan dan akhir sekali bekerja ke arah mencapai matlamat. Adakalanya, perlu untuk menukar dan
menggabung idea menggunakan apa jua teknik kreatif yang ada bagi menghasilkan satu penyelesaian.  Lebih banyak idea untuk dipilih, semakin tinggi kebarangkalian bagi memperoleh satu penyelesaian berkesan.
(c) Memilih penyelesaian terbaik  Satu proses pembuatan keputusan yang berasaskan satu perbandingan hasil berpotensi bagi penyelesaian alternatif. Tahap ini melibatkan langkah-langkah berikut:
·         Mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian terbaik, termasuklah apa juga halangan yang mungkin dihadapi
·         Membuang penyelesaian yang tidak boleh mengatasi halangan
·         Menilai penyelesaian yang masih ada; dan
·         Memilih satu keputusan untuk mengimplimentasi penyelesaian ini.

Adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai apabila satu penyelesaian telah diimplimentasikan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui oleh individu lain supaya ia boleh diimplimentasi dan ini
mungkin melibatkan beberapa strategi menggalak.

·         Melaksanakan penyelesaian : Tiga langkah terlibat dalam tahap ini (sila lihat Jadual 1.2):

Langkah-langkah
Huraian
Merancang dan menyediakan pelaksanaan penyelesaian
Melibatkan penyelesaian bagi kesemua usaha dan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan tindakan yang perlu bagi memenuhi objektif, tempoh masa dan sumber yang diperlukan pada setiap tahap.
Mengambil tindakan sesuai dan memantau kesannya.
Masalah atau bakal masalah perlu ditanggani secepat mungkin bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Menyemak semula kejayaan mutlak bagi tindakan.
Penting untuk mengagak efikasinya dalam menyelesaikan masalah yang sama di masa hadapan dan memastikan masalah itu telah diselesaikan.
Jadual 1.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian

           Bagi masalah-masalah terakhir-tertutup, penekanan adalah pada pendefinisian dan penganalisaan masalah itu untuk menunjukkan sebab yang berkemungkinan, manakala bagi masalah-masalah terakhir-terbuka, usaha yang lebih diberikan kepada tahap perolehan idea untuk menghasilkan satu ruang luas bagi kemungkinan penyelesaian diperlukan. Mungkin perlu untuk berpatah balik dan mengadaptasi kerja yang telah dilakukan terdahulu, semasa dalam mana-mana tahap dalam penyelesaian masalah.


   5)     FAEDAH KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH


         1)      Boleh bertindak secara rasional dan objektif (perlu melihat sebab dan rintangan)
         2)      Mengamalkan proses penyelesaian masalah yg sistematik
         3)      Membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis 3 dan kreatif (sumbangsaran)
         4)      Meningkatkan keyakinan diri dlm menghadapi dan menyelesaikan masalah


   6)      GARIS PANDUAN UMUM BAGI PENYELESAIAN MASALAH

Garis panduan ini bertujuan membantu anda menganalisis, mendefinisi dan menyelesaikan masalah dalam cara teratur dan memberi struktur pada pelbagai aktiviti masalah yang anda hadapi. Apabila mengguna garis panduan ini, adalah penting untuk mengingat bahawa penyelesaian masalah tidak bergerak melalui satu urutan langkah-langkah yang ditentukan terlebih dahulu pada setiap masa
serta ia bukan juga seharusnya linear. Sebaliknya, penyelesaian masalah adalah satu proses berulang iaitu anda mesti pergi ke depan dan belakang secara berterusan antara langkah-langkah dan mengulang beberapa langkah. Ini boleh dilihat sebagai satu pusingan penyelesaian masalah (diilustrasi dalam Rajah 1.4) yang mana setiap proses boleh masuk ke dalam proses lain melalui maklum balas dan pembetulan.



Langkah-langkah ini boleh dipecahkan setiap satu kepada langkah-langkah lebih kecil untuk lebih memudahkan anda menjalankan proses penyelesaian masalah. Langkah-langkah tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1.5.



       7)    BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT

       1)      KENAL PASTI BENTUK MASALAH
·         Masalah berstruktur (well-defined): masalah yg jelas dan maklumat lengkap
o   Kenapa enjin kereta tidak dapat dihidupkan?
·         Masalah tidak berstruktur (ill-defined): masalah yg kabur, tidak berstruktur dan tidak teratur jalan 2 penyelesaiannya.
o   Kenapa belia menagih dadah?
       2)      Kenalpasti cara untuk bertindak balas ke atas rintangan.
       3)      Mencapai matlamat
Dapatkan Idea
Bagi menyelesaikan masalah itu, kita perlu mendapatkan idea bagi mencari kemungkinan penyelesaian. Perenggan berikutnya boleh memberi anda idea tentang bagaimana untuk mencari kemungkinan penyelesaian.
Mendapatkan Idea bagi Kemungkinan Penyelesaian
                                I.            Baca, selidik, fikir, tanya soalan dan bincang.
Mula dengan mengumpul maklumat tentang masalah anda. Ini merangkumi membaca, berbincang, percambahan minda, bertanya soalan dan mencari pendapat. Jadilah individu yang ingin tahu, cari idea dan belajar sebanyak mana yang anda boleh tentang masalah.
                              II.            Guna teknik mendapatkan idea seperti percambahan minda, secara paksa, rangsangan rambang dan sebagainya
Dapatkan kesemua jenis idea sebanyak mungkin. Ini akan memberi anda satu koleksi besar idea yang mana anda boleh pilih, adaptasi atau gunakan untuk merangsang idea lain.
                             III.            Luangkan masa bagi mengembangkan idea semasa pelbagai tahap mendapatkan idea.
Kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap, iaitu:
1.       Persediaan: Pemikiran pertama, penyelidikan, belajar, bekerja;
2.       Inkubasi: Masa untuk membenarkan pemikiran tidak sedar bekerja;
3.       Celik akal: Memperoleh pengecaman satu laluan penyelesaian, juga dikenali sebagai pengalaman atau detik eureka;
4.       Implimentasi: Memperoleh dan melaksanakan penyelesaian; dan
5.       Penilaian.

   8)     RUMUSAN
·         Satu masalah wujud apabila terdapat ketidak padanan antara apa yang sebenarnya berlaku dengan apa yang kita mahu atau jangkakan akan berlaku.

·         Satu masalah boleh dilihat sebagai satu peluang untuk pembaikan.


·         Penyelesaian masalah adalah proses perolehan penyelesaian yang memuaskan, sebaik-baiknya dalam cara yang tidak disangka.

·         Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu struktur atau arah. Tahap-tahap dalam penyelesaian masalah adalah:
o   Mengecam dan mendefinisi satu masalah;
o   Mencari kemungkinan penyelesaian;
o   Memilih penyelesaian terbaik; dan
o   Mengimplimentasi penyelesaian.

·         Mendefinisi satu matlamat adalah penting dalam menentukan kewujudan masalah dengan langkah-langkah berikut:
o   Meneroka masalah;
o   Membina matlamat;
o   Peroleh idea;
o   Pilih idea;
o   Implimentasi; dan
o   Nilai atau tindakan susulan.

·         Dua pendekatan asas bagi menyelesaikan masalah adalah mengatasinya dari punca atau mengatasi simptom-simptomnya atau kesan.

·         Adalah penting untuk merancang penyelesaian bagi masalah sebelum meneruskan kepada proses sebenar menyelesaikannya.


KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN BERFIKIR
Disediakan Oleh: Muhamad Alif Bin Kmaruddin

KEMAHIRAN BERFIKIR

 MAKSUD BERFIKIR        

  Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi  terhadap proses yang dialami.Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untukmenyelesaikan sesuatu.
Terdapat beberapa orang tokoh yang telah menjelaskan maksud berfikir, antara tokoh-tokoh tersebut ialah :

  •  Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
  • Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supayafakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
  • Menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deriadan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab atau keputusan .
  •  Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


MAKSUD KEMAHIRAN BERFIKIR

  Kemahiran berfikir dapat didefinisikan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir secara menaakul dapat membantu dalam membuat pertimbangan secara logic dan rasional kepada  semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir telah disusun mengikut hieraki daripada kemahiram asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap.
  Teori kemahiran berfikir menurut Robert Sperry ialah otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.



JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR
  A)  Berfikir secara kritis
  B)  Berfikir secara kreatif
  C)  Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah





APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ?


        A) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

   Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan mendorong ke arah pertimbangan yang baik. Ia juga melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan. kemahiran berfikir secara kritis juga sebagai proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna. Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”.


PENGERTIAN BERFIKIR SECARA KRITIS MENURUT PANDANGAN TOKOH :
  •  Definisi yang telah diletakkan oleh Dewey pada tahun1993 ialah “berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”
  • Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai “kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.


CONTOH BERFIKIR SECARA KRITIS:
  • membanding dan membeza
  • membuat klasifikasi
  • menerangkan sebab
  • menentukan sumber yang dipercayai
  • membuat ramalan
  • meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
  • mengusul periksa andaian
  • membuat inferens
  • menilai sesuatu


       B) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

   Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka. Selain itu, Pemikiran kreatif juga berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2012), kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, memghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli. Kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baharu dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.



PENGERTIAN BERFIKIR SECARA KREATIF MENURUT PANDANGAN TOKOH :

  • Bloom (1956), mendefinisikan kemahiran kreatif sebagai sintesisi yang bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik.
  •  Hayer (1981 dalam Beyer 1988) mengaitkan pemikiran kreatif dengan penyelesaian masalah, di mana operasi kognitif menjadi dasar dalam pemikiran kreatif. Mengenal pasti masalah, menjana idea dan perancangan pula merupakan komponen dalam menyelesaikan masalah.
  • John Arul (1997) turut berpendapat pemikiran kreatif sebagai aktiviti mental yang menumpulan kepada penghasilan idea dan kaedah yang baharu.


CONTOH KEMAHIRAN BELAJAR SECARA KREATIF:
  • menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar)
  • mencipta analogi
  • mencipta metafora
  • membuat definisi
  • membuat hipotesis
  • membuat peta konsep

KEPETINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF

  Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.

      C) KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH


    I. KONSEP MENYELESAIKAN MASALAH

DEFINISI MASALAH

 Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua perkara berlaku sepatutnya atau terjadi sepertimana yang kita inginkan.

PENGERTIAN PENYELESAIAN MASALAH

  Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan. Menurut  Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Selain itu ,Van Dijk dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental. Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan.Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Jadi penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

    II. KONSEP MEMBUAT KEPUTUSAN

  Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah Untuk menyelesaikan masalah,maka adalah perlu memutuskan apa yang patut dilakukan dan seterusnya melakukannya. Membuat keputusan juga dikenali proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
 Menurut Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting.


KEBAIKAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT DAN PENYELESAIAN MASALAH YANG BAIK
  •  Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih baik
  •  Mengurangkan tekanan
  • Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah
  • Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan



ALAT-ALAT BERFIKIR

PENGURUSAN GRAFIK

Pengertian

  Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tida nampak proses yang berlaku. Jika guru hendak mengajar pelajar berfikir, bagaimana dpat guru melihat proses berfikir pelajar. Yang dapat dlihat ialah hasil proses berfikir. Misalnya  dalam karangan, guru hanya dapat membaca pandanagan tentang sesuatu . Oleh itu, guru perlukan suatu alat bantu untuk mengajar pelajar berfikir , untuk melihat proses berfikir dan menilai proses pemikiran pelajarnya. Dengan cara itu barulah guru dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Melalui alat itu peajar juga akan dapat melihat dan mengawal proses pemikirannya. Alat atau wahana yang diperlukan buanlah sesuatu yang canggih. Ia hanyalah pengurusan grafik iaitu satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat, dan disusn. Dengan pengurusan grafik, seseorang itu akan dapat melihat secara eksplisit proses berfikir ang berlaku dalam minda.


KENAPA PENGURUSAN GRAFIK DIPERLUKAN?
  • Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
  • Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
  • Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.
  •  Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
  • Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan berkecamuk.
            
FAEDAH MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  Jika pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik, proses pengajaran, proses pengajaran dan pembelajara akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini adalah kerana melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek berikut akan dicapai:
  • Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.
  • Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
  • Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklamat untuk penulisan dan lisan.
  • Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
  • Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
  • Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat

JENIS-JENIS PENGURUSAN GRAFIK

1.   Pengurusan grafik membanding dan membeza
  • Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
2. Pengurusan grafik meramal kesan akibat
  •  Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran
3. Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
  • Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kriris. Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
4. Pengurusan grafik idea berpusat
  • Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia boleh digunakan untuk membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
5. Pengurusan grafik membuat kategori
  •  Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.




Untuk mengetahui lebih jeles tentang pengurusan grafik,jom sama-sama kita lihat video di bawah






Wednesday, September 27, 2017

Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

Disediakan Oleh: Muhammad Hilmi Bin Mohd Abd Rahman (PPISMP PAI Sem 1)


                                             

Pengenalan

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).


DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.



Contoh Dan Jenis Peranti Komunikasi

Contoh Peranti Elektronik Masa Kini:

Komputer


Telefon Pintar


Jenis peranti komunikasi ialah :
  • Dial-up modem
  • ISDN dan DSL modems
  • Cable modems
  • Network Interface Cards / Network Cards
  • Wireless Access Points
  • Routers
  • Hubs
  • Modem
    • Juga dipanggil dial-up modem
    • Modem diwujudkan dari kombinasi perkataan, modulasi-demodulasi
      • Modulasi (Modulation) – proses yang menukar isyarat digital kepada analog
      • Demodulasi (Demodulation) – proses yang menukar isyarat analog ke digital
  • Saluran komunikasi mesti mempunyai modem untuk transmisi data berlaku
  • Modem : peranti luaran (external) dan dalaman (internal) 
  • Modem luaran ialah peranti yang dipasang pada port siri khas, seperti RS-232, pada komputer dengan talian telefon standard disambung ke tempat keluar telefon
  • Modem dalaman ialah kad yang dimasukkan ke slot tambahan (expansion slot) pada papan induk (motherboard) komputer
  • Sesetengah pengguna bergerak (Mobile Users) mempunyai modem tanpa wayar (wireless modem) yang membenarkan capaian ke Web tanpa wayar dari notebook dan handheld computer, telefon selular dan peranti mobile lain
  • Modem ISDN dan DSL
    • Modem digital (digital modem) ialah modem yang hantar dan menerima data dan maklumat ke dan dari talian telefon digital seperti ISDN dan DSL
  • ISDN – rangkaian digital khidmat bersepadu
    • Modem ISDN, dipanggil ISDN adapter, hantar data digital dan maklumat dari komputer ke talian ISDN dan menerima data digital dan maklumat dari talian ISDN – digunakan oleh organisasi kecil dan individu
  • DSL – Talian Pelanggan Digital 
    • Modem DSL hantar data digital dan maklumat dari komputer ke talian DSL dan menerima data digital dan maklumat
  •  Modem Kabel (Cable Modems)
    • Juga dipanggil broadband modem – Modem Jalur Lebar rangkaian
    • Ialah modem digital yang hantar dan terima data digital melalui kabel televisyen (CATV)
    • Biasanya boleh menghantar data pada kelajuan yang lebih pantas berbanding sambungan modem atau ISDN
  •  Modem Tanpa Wayar (Wireless Modems)
    • Digunakan oleh pengguna bergerak yang membenarkan capaian internet
    • Mempunyai antenna, biasanya menggunakan gelombang yang sama dengan telefon bimbit seperti kad PC dan kad Flash 
  • Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card)
    • Ialah kad penyesuai (adapter card) atau kad PC yang membolehkan komputer / peranti mencapai rangkaian
    • NIC menyelaras transmisi dan penerimaan data, arahan dan maklumat ke dan dari komputer / peranti yang mengandungi NIC
    • NIC wujud dalam pelbagai corak 
    • NIC bekerja dengan teknologi rangkaian seperti Ethernet / token ring
    • Kadar penghantaran pada rangkaian Ethernet ialah 10 Mbps, 100 Mbps atau 1000 Mbps (1Gbps)
  



Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di sekolah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh pelajar dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan pelajar dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu  pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini pelajar dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan pelajar dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada pelajar dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion kepelajaran, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada pelajar.

Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran pelajar boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar pelajar sahaja (Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam pendidikan sekolah adalah:

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.

• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

• Meningkatkan motivasi pelajar.

• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

• Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

• Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

• Meningkat kemahiran ICT.

Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu pelajar perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).

Faedah Menguasai Kemahiran ICT

Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan menghormati kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh menjadi guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi ini.

Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.

Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet,laman web.Apabila kita melayari sesuatu laman web,kita akan mengetahui tentang perkara yang kita tidak tahu selama ini,kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara luar,apa yang berlaku dalam negara tersebut.Jikalau dahulu,kita hanya mendengar berita di t.v dan radio untuk mengetahui hal semasa,tetapi sekarang tidak lagi.Kita boleh mengetahui sesuatu perkara lebih awal dan bila-bila masa dengan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu kita.Sekarang kita boleh membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja,dengan melayari internet.Semua itu merupakan faedah daripada menguasai teknologi maklumat.Faedah yang lain ialah kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat,jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat komputer untuk kegunaan orang ramai dan juga menyediakan khidmat mengajar cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.

Antara faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita.Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris..Apabila kita menguasai ICT,kita juga sebenarnya telah menguasai bahasa inggeris.Kita telah menguasai dua benda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita mestilah pandai menggunakannya,kerana tidak rugi kita belajar ilmu teknologi maklumat komunikasi ini.


Pakar IT,pakar ekonomi,
Jaguh sukan dan juga jutawan;
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.

Sekian Terima Kasih.



Rujukan
http://itaothman.weebly.com/kepentingan-menguasai-kemahiran-teknologi-maklumat-ict.html
http://tuanzawari.blogspot.my/2015/12/peranti-komunikasi-communications.html





Links

Kemahiran Generik Kemahiran Berfikir Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kemahiran Generik ...