MAKSUD BERFIKIR
Pemikiran ialah
proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi terhadap proses yang
dialami.Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir
manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal
untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran
berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untukmenyelesaikan sesuatu.
Terdapat beberapa orang tokoh yang telah menjelaskan maksud
berfikir, antara tokoh-tokoh tersebut ialah :
- Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
- Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supayafakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
- Menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deriadan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab atau keputusan .
- Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
MAKSUD KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir
dapat didefinisikan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari
makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir secara menaakul dapat membantu dalam
membuat pertimbangan secara logic dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir. Kemahiran berfikir telah disusun mengikut hieraki daripada kemahiram
asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Berfikir melibatkan tiga komponen,
iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap.
Teori kemahiran
berfikir menurut Robert Sperry ialah otak manusia yang menggunakan bahagian
kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara
kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu.
Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis
urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian
kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, warna, reka
bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR
A) Berfikir
secara kritis
B) Berfikir
secara kreatif
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF ?
A) KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA KRITIS
Kemahiran Berfikir
Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang
munasabah dan mendorong ke arah pertimbangan yang baik. Ia juga melibatkan
penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan keupayaan untuk menggunakan
maklumat dengan berkesan. kemahiran berfikir secara kritis juga sebagai proses
menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas,
kukuh dan bermakna. Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’
ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui
sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”.
PENGERTIAN BERFIKIR SECARA KRITIS MENURUT PANDANGAN TOKOH :
- Definisi yang telah diletakkan oleh Dewey pada tahun1993 ialah “berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”
- Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai “kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
CONTOH BERFIKIR SECARA KRITIS:
- membanding dan membeza
- membuat klasifikasi
- menerangkan sebab
- menentukan sumber yang dipercayai
- membuat ramalan
- meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
- mengusul periksa andaian
- membuat inferens
- menilai sesuatu
B) KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA KREATIF
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad,
pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat
dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka. Selain itu, Pemikiran
kreatif juga berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi dan
kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2012), kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,
memghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli. Kreatif juga
merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baharu dan pada masa
yang sama mampu mengolah idea.
PENGERTIAN BERFIKIR SECARA KREATIF MENURUT PANDANGAN TOKOH :
- Bloom (1956), mendefinisikan kemahiran kreatif sebagai sintesisi yang bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik.
- Hayer (1981 dalam Beyer 1988) mengaitkan pemikiran kreatif dengan penyelesaian masalah, di mana operasi kognitif menjadi dasar dalam pemikiran kreatif. Mengenal pasti masalah, menjana idea dan perancangan pula merupakan komponen dalam menyelesaikan masalah.
- John Arul (1997) turut berpendapat pemikiran kreatif sebagai aktiviti mental yang menumpulan kepada penghasilan idea dan kaedah yang baharu.
CONTOH KEMAHIRAN BELAJAR SECARA KREATIF:
- menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar)
- mencipta analogi
- mencipta metafora
- membuat definisi
- membuat hipotesis
- membuat peta konsep
KEPETINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF
Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar
untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru
terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan
pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan
menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.
C) KEMAHIRAN
MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
I. KONSEP
MENYELESAIKAN MASALAH
DEFINISI MASALAH
Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua perkara
berlaku sepatutnya atau terjadi sepertimana yang kita inginkan.
PENGERTIAN PENYELESAIAN MASALAH
Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti
dengan istilah membuat keputusan. Menurut
Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha
untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Selain itu ,Van Dijk
dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan
langkah-langkah serta operasi mental. Menyelesaikan sesuatu masalah
boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan
masalah akan menimbulkan keseronokan.Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan
masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak
menyenangkan. Jadi penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil
kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka
pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.
II. KONSEP
MEMBUAT KEPUTUSAN
Membuat
keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah Untuk
menyelesaikan masalah,maka adalah perlu memutuskan apa yang patut dilakukan dan
seterusnya melakukannya. Membuat keputusan juga dikenali proses mental yang
melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari
beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
Menurut Robin
Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat
keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a
choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim
"decision making" dengan "judging, choosing, selecting.
KEBAIKAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT DAN PENYELESAIAN
MASALAH YANG BAIK
- Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih baik
- Mengurangkan tekanan
- Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah
- Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan
ALAT-ALAT BERFIKIR
PENGURUSAN GRAFIK
Pengertian
Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tida nampak proses
yang berlaku. Jika guru hendak mengajar pelajar berfikir, bagaimana dpat guru
melihat proses berfikir pelajar. Yang dapat dlihat ialah hasil proses berfikir.
Misalnya dalam karangan, guru hanya dapat
membaca pandanagan tentang sesuatu . Oleh itu, guru perlukan suatu alat bantu
untuk mengajar pelajar berfikir , untuk melihat proses berfikir dan menilai
proses pemikiran pelajarnya. Dengan cara itu barulah guru dapat membantu
meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Melalui alat itu peajar juga akan
dapat melihat dan mengawal proses pemikirannya. Alat atau wahana yang
diperlukan buanlah sesuatu yang canggih. Ia hanyalah pengurusan grafik iaitu
satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang
difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat, dan disusn. Dengan
pengurusan grafik, seseorang itu akan dapat melihat secara eksplisit proses
berfikir ang berlaku dalam minda.
KENAPA PENGURUSAN GRAFIK DIPERLUKAN?
- Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
- Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
- Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.
- Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
- Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan berkecamuk.
FAEDAH MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK DI DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Jika pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik,
proses pengajaran, proses pengajaran dan pembelajara akan berjalan dengan lebih
berkesan,dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini adalah kerana
melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek berikut akan dicapai:
- Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.
- Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
- Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklamat untuk penulisan dan lisan.
- Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
- Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
- Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat
JENIS-JENIS PENGURUSAN GRAFIK
1. Pengurusan
grafik membanding dan membeza
- Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
2. Pengurusan
grafik meramal kesan akibat
- Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran
3. Pengurusan
grafik mengesahkan sumber maklumat.
- Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kriris. Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
4. Pengurusan
grafik idea berpusat
- Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia boleh digunakan untuk membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
5. Pengurusan
grafik membuat kategori
- Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.
Tithroid Wedding Band | Titanium Arts
ReplyDeleteTithroid Wedding Band. 4 years ago. I was just a titanium watch band little girl ford edge titanium and this band was the perfect place to go. Tittany titanium auto sales Tilt titanium jewelry piercing is a little different than a normal Tilt wedding titanium oxide