Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
Disediakan Oleh: Muhammad Hilmi Bin Mohd Abd Rahman (PPISMP PAI Sem 1)
Pengenalan
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).
DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Contoh Dan Jenis Peranti Komunikasi
Contoh Peranti Elektronik Masa Kini:
Komputer
Telefon Pintar
Jenis peranti komunikasi ialah :
- Dial-up modem
- ISDN dan DSL modems
- Cable modems
- Network Interface Cards / Network Cards
- Wireless Access Points
- Routers
- Hubs
- Modem
- Juga dipanggil dial-up modem
- Modem diwujudkan dari kombinasi perkataan,
modulasi-demodulasi
- Modulasi (Modulation) – proses yang menukar isyarat digital
kepada analog
- Demodulasi (Demodulation) – proses yang menukar isyarat
analog ke digital
- Saluran komunikasi mesti mempunyai modem untuk transmisi data
berlaku
- Modem : peranti luaran (external) dan dalaman (internal)
- Modem luaran ialah
peranti yang dipasang pada port siri khas, seperti RS-232, pada komputer
dengan talian telefon standard disambung ke tempat keluar telefon
- Modem dalaman ialah kad
yang dimasukkan ke slot tambahan (expansion slot) pada papan induk
(motherboard) komputer
- Sesetengah pengguna bergerak (Mobile Users) mempunyai modem
tanpa wayar (wireless modem) yang membenarkan capaian ke Web tanpa wayar
dari notebook dan handheld computer, telefon selular dan peranti mobile
lain
- Modem ISDN dan DSL
- Modem digital (digital modem) ialah modem yang hantar dan
menerima data dan maklumat ke dan dari talian telefon digital seperti
ISDN dan DSL
- ISDN – rangkaian digital khidmat bersepadu
- Modem ISDN, dipanggil ISDN adapter, hantar data digital dan
maklumat dari komputer ke talian ISDN dan menerima data digital dan
maklumat dari talian ISDN – digunakan oleh organisasi kecil dan individu
- DSL – Talian Pelanggan Digital
- Modem DSL hantar data digital dan maklumat dari komputer ke
talian DSL dan menerima data digital dan maklumat
- Modem Kabel (Cable Modems)
- Juga dipanggil broadband modem – Modem Jalur Lebar rangkaian
- Ialah modem digital yang hantar dan terima data digital
melalui kabel televisyen (CATV)
- Biasanya boleh menghantar data pada kelajuan yang lebih
pantas berbanding sambungan modem atau ISDN
- Modem Tanpa Wayar (Wireless Modems)
- Digunakan oleh pengguna bergerak yang membenarkan capaian
internet
- Mempunyai antenna, biasanya menggunakan gelombang yang sama
dengan telefon bimbit seperti kad PC dan kad Flash
- Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card)
- Ialah kad penyesuai (adapter card) atau kad PC yang
membolehkan komputer / peranti mencapai rangkaian
- NIC menyelaras transmisi dan penerimaan data, arahan dan
maklumat ke dan dari komputer / peranti yang mengandungi NIC
- NIC wujud dalam pelbagai corak
- NIC bekerja dengan teknologi rangkaian seperti Ethernet /
token ring
- Kadar penghantaran pada rangkaian Ethernet ialah 10 Mbps, 100
Mbps atau 1000 Mbps (1Gbps)
Peranan ICT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di sekolah terdiri
daripada komputer, overhead projector ,note book, digital
camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan
muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran
perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan
teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan
komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih
mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke
dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas
iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan
sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos
efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses
oleh pelajar dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam
internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan
pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan
cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan
sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat
dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini
bermakna pengguna khususnya pelajar dan pelajar dapat mencari maklumat yang
terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu pembelajaran juga
membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat
dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email, video
konferens dan chatting atas talian. Dengan ini pelajar dapat
berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk
berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga
dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari
mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah
tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam
buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan
bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum
balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar
boleh berinteraksi dengan pelajar dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan
dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan
konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada pelajar dan pembelajaran
yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan
terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion kepelajaran,
khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung
pada pelajar.
Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui
aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik
minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang
menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya
berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara
kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984;
1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan
perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi
pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan
bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
dengan berkombinasikan pengajaran pelajar boleh mengingati kembali fakta
matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar pelajar sahaja (Hasselbring,
et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam pendidikan
sekolah adalah:
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi pelajar.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning).
• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang
sukar diperolehi.
• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang
perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana
eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana
dengan cara biasa.
• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi
pelajar.
• Memberi peluang kepada pelajar belajar secara
berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkat kemahiran ICT.
Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini
bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu pelajar
perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran, menggunakan bahan-bahan yang sesuai
dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam
bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran
asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas
sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual
serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif
menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia
2002).
Faedah Menguasai Kemahiran ICT
Terdapat banyak faedah yang kita perolehi
dengan menguasai kemahiran ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu
ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya
ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu
lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan
menghormati kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh
menjadi guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi
ini.
Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.
Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet,laman web.Apabila kita melayari sesuatu laman web,kita akan mengetahui tentang perkara yang kita tidak tahu selama ini,kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara luar,apa yang berlaku dalam negara tersebut.Jikalau dahulu,kita hanya mendengar berita di t.v dan radio untuk mengetahui hal semasa,tetapi sekarang tidak lagi.Kita boleh mengetahui sesuatu perkara lebih awal dan bila-bila masa dengan teknologi maklumat.
Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu kita.Sekarang kita boleh membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja,dengan melayari internet.Semua itu merupakan faedah daripada menguasai teknologi maklumat.Faedah yang lain ialah kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat,jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat komputer untuk kegunaan orang ramai dan juga menyediakan khidmat mengajar cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.
Antara faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita.Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris..Apabila kita menguasai ICT,kita juga sebenarnya telah menguasai bahasa inggeris.Kita telah menguasai dua benda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita mestilah pandai menggunakannya,kerana tidak rugi kita belajar ilmu teknologi maklumat komunikasi ini.
Pakar IT,pakar ekonomi,
Jaguh sukan dan juga jutawan;
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.

Sekian Terima Kasih.
Rujukan
http://itaothman.weebly.com/kepentingan-menguasai-kemahiran-teknologi-maklumat-ict.html
http://tuanzawari.blogspot.my/2015/12/peranti-komunikasi-communications.html