KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN
MENYELESAIKAN MASALAH
Disediakan Oleh: Muhammad Zahiruddin Bin Ramli
1)
PENGENALAN
· _Masalah adalah situasi
apabila individu menghadapi rintangan mencapai sesuatu matlamat.
·
Masalah meluaskan imginasi
·
Masalah menjadikan manusia
maju
·
Paling sukar kenalpasti
masalah sebenar
·
Kemahiran penyelesaian
masalah diperlukan apabila wujud sesuatu rintangan dalam mencapai matlamat
Konsep penyelesaian masalah
termasuk dalam kompenan berfikir secara kritis dan kreatif. Menyelesaikan
masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan
langkah-langkah alternative untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada
untuk mencapai objektif yang dihasratkan. Menyelesaikan masalah dengan bijak
adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana dapat memajukan lagi
kehidupan kita dengan ciptaan dan rekaan teknologi yang lebih canggih dan menjadikan
kehidupan kita lebih selesa dan selamat.
2) DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH
1)
George Polya (ahli
Matematik)
·
Mencari jalan keluar drp
kesulitan jalan yg dikelilingi penghalang, mempunyai matlamat yg tidak difahami
dgn serta merta.
·
Langkah yg dicadangkan
ialah :-
o
Memahami dan mengenalpasti
masalah
o
Membuat perancangan
o
Melaksanakan perancangan
o
Menyemak semula
·
Asas membuat keputusan
o
Apa masalah pokok
o
Buat perancangan – senaraikan
rintangan, bgm hadapi rintangan
o
Laksanakan rancangan
o
Semak semula / menilai
keputusan
2 2)
Woolfolk
·
Penyelesaian masalah
didefinisikan sbg membuat formulasi terhadap jawapan baru
·
Meneroka aplikasi-aplikasi
mudah drp aturan yg dipelajari utk mencipta satu penyelesaian
·
Penyelesaian masalah perlu
apabila respons yg rutin atau serta merta tidak lagi sesuai
·
Terdapat 4 peringkat
penyelesaian masalah:
o
Memahami dan menggambarkan
masalah
o
Memilih dan merancang
penyelesaian
o
Melaksanakan perancangan
o
Menilai hasil atau
keputusan
3)
Beyer
·
Langkah penyelesaian
masalah yg dicadangkan :-
o
Mendefinisikan / Menyatakan
semula masalah
o
Merancang dan memilih
rancangan (alternatif)
o
Melaksanakan perancangan
o
Menilai keputusan
4)
Green dan Knippn
·
Menentukan matlamat – apa
matlamat kita?
·
Kenalpasti masalah
·
kenalpasti rintangan
·
kenalpasti alternatif
·
menilai pilihan
·
membuat pilihan terhadap
alternative
·
membentuk perlaksanaan
3) APA ITU PENYELESAIAN MASALAH?
Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen
bebas iaitu domain penakulan, yang
menggariskan pola-pola tingkah laku yang boleh diguna kembali merentasi
aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna penyelesaian masalah adalah
satu siri teknik, melibatkan kedua-dua aspek iaitu kognitif dan tingkah laku,
yang boleh diaplikasi pada pelbagai bidang untuk mendapatkan penyelesaian.
Woods dan rakan-rakan (1975) mencadangkan bahawa „penyelesaian masalah adalah
proses perolehan satu penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah baharu atau
satu masalah yang mana sebelum ini individu yang cuba menyelesaikannya tidak
pernah mengalaminya. Secara keseluruhan, penyelesaian masalah melibatkan satu
siri tahap yang bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan seterusnya
membawa kepada pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat
sebagai satu proses berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun,
dalam menentukan arah bagi penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah
terlebih dahulu, diikuti dengan matlamat yang diingini atau perubahan yang
diperlukan.
4) TAHAP-TAHAP
DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Sebagaimana yang telah dinyatakan
dalam bahagian terdahulu, untuk memahami penyelesaian masalah dan memperbaiki
keupayaan personal anda menyelesaikan masalah dengan lebih baik, adalah penting
untuk tidak melihat kepada produk penyelesaian masalah tetapi melihat
penyelesaian masalah sebagai satu proses yang membawa satu hasil positif.
Kepentingan pendekatan ini adalah kerana ia menfokus pada proses mendapatkan
penyelesaian, bukannya penyelesaian itu sendiri. Ini bermakna penekanan yang
lebih diberikan pada tahap-tahap dalam
mencapai penyelesaian daripada
hasil terakhirnya. Dengan itu, adalah penting kita memahami pelbagai tahap yang
terlibat.
Empat tahap yang terlibat adalah:
(a) Mengenal pasti dan
mendefinisi satu masalah. Satu
masalah hanya boleh diselesaikan apabila kewujudannya dicam. Walau
bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, satu masalah hanya dicam apabila ia
telah menjadi satu perkara serius. Setelah pengecaman satu masalah, tindakan
seterusnya
adalah mendefinisinya secara
menyeluruh. Sesuatu masalah boleh dirujuk sebagai masalah tertutup atau
terbuka. Satu masalah tertutup melibatkan kesemua keadaan di sekeliling
penyimpangan daripada norma yang perlu didefinisi. Di sebaliknya, satu masalah
terbuka melibatkan pengenal pastian dan pendefinisian objektif dan apa jua
kekangan yang boleh menghalang anda daripada mendapatkannya. Perbezaan utama
antara masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam Jadual 1.1. Menganalisis
satu masalah secara menyeluruh adalah penting untuk memahami sepenuhnya dan
menghasilkan pelbagai penyelesaian yang boleh membantu dalam mencapai matlamat
anda. Mengenal pasti dan membawa bersama maklumat yang berkaitan dan
mempersembahkannya dengan cara yang bermakna adalah satu komponen penting dalam
menganalisa satu masalah. Selain daripada itu, analisis juga membantu untuk
membuat keputusan tentang apakah penyelesaian yang terbaik, yang akhirnya
memudahkan dan mendorong anda dalam pencarian penyelesaian.
Masalah
tertutup
|
Masalah
Terbuka
|
Memperoleh satu atau sejumlah
terhad kemungkinan peneyelesaiannya
|
Boleh diselesaikan dengan
pelbagai kaedah
|
Menganalisisnya membantu dalam
mengenal pasti semua sebab yang berkemungkinan dan memastikan sebab atau
halangan adalah benar, sebelum mencari penyelesaian
|
Menganalsisnya melibatkan
pencarian maklumat yang akan membantu mencadangkan satu senarai cara-cara
yang berkemungkinan untuk menyelesaikan masalah.
|
Jadual
1.1 Perbezaan antara masalah terbuka dan tertutup
(b) Mencari kemungkinan
penyelesaian. Secara umum,
mengilhamkan pelbagai tindakan untuk menyelesaikan satu masalah melibatkan pencarian
tindakan yang sesuai, mengenal pasti kekangan dan akhir sekali bekerja ke arah
mencapai matlamat. Adakalanya, perlu untuk menukar dan
menggabung idea menggunakan apa jua
teknik kreatif yang ada bagi menghasilkan satu penyelesaian. Lebih banyak idea untuk dipilih, semakin tinggi
kebarangkalian bagi memperoleh satu penyelesaian berkesan.
(c) Memilih penyelesaian
terbaik Satu proses pembuatan
keputusan yang berasaskan satu perbandingan hasil berpotensi bagi penyelesaian
alternatif. Tahap ini melibatkan langkah-langkah berikut:
·
Mengenal pasti ciri-ciri
penyelesaian terbaik, termasuklah apa juga halangan yang mungkin dihadapi
·
Membuang penyelesaian yang
tidak boleh mengatasi halangan
·
Menilai penyelesaian yang
masih ada; dan
·
Memilih satu keputusan
untuk mengimplimentasi penyelesaian ini.
Adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai
apabila satu penyelesaian telah diimplimentasikan. Walau bagaimanapun, dalam
sesetengah keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui
oleh individu lain supaya ia boleh diimplimentasi dan ini
mungkin melibatkan beberapa strategi menggalak.
·
Melaksanakan penyelesaian :
Tiga langkah terlibat dalam tahap ini (sila lihat Jadual 1.2):
Langkah-langkah
|
Huraian
|
Merancang dan menyediakan
pelaksanaan penyelesaian
|
Melibatkan penyelesaian bagi
kesemua usaha dan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan tindakan yang
perlu bagi memenuhi objektif, tempoh masa dan sumber yang diperlukan pada
setiap tahap.
|
Mengambil tindakan sesuai dan
memantau kesannya.
|
Masalah atau bakal masalah
perlu ditanggani secepat mungkin bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
|
Menyemak semula kejayaan mutlak
bagi tindakan.
|
Penting untuk mengagak
efikasinya dalam menyelesaikan masalah yang sama di masa hadapan dan
memastikan masalah itu telah diselesaikan.
|
Jadual
1.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian
Bagi masalah-masalah
terakhir-tertutup, penekanan adalah pada pendefinisian dan penganalisaan
masalah itu untuk menunjukkan sebab yang berkemungkinan, manakala bagi
masalah-masalah terakhir-terbuka, usaha yang lebih diberikan kepada tahap
perolehan idea untuk menghasilkan satu ruang luas bagi kemungkinan penyelesaian
diperlukan. Mungkin perlu untuk berpatah balik dan mengadaptasi kerja yang
telah dilakukan terdahulu, semasa dalam mana-mana tahap dalam penyelesaian
masalah.
5) FAEDAH KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
1)
Boleh bertindak secara
rasional dan objektif (perlu melihat sebab dan rintangan)
2)
Mengamalkan proses
penyelesaian masalah yg sistematik
3)
Membantu meningkatkan
kemahiran berfikir kritis 3 dan kreatif (sumbangsaran)
4)
Meningkatkan keyakinan diri
dlm menghadapi dan menyelesaikan masalah
6) GARIS PANDUAN UMUM BAGI PENYELESAIAN
MASALAH
Garis panduan ini bertujuan
membantu anda menganalisis, mendefinisi dan menyelesaikan masalah dalam cara
teratur dan memberi struktur pada pelbagai aktiviti masalah yang anda hadapi.
Apabila mengguna garis panduan ini, adalah penting untuk mengingat bahawa
penyelesaian masalah tidak bergerak melalui satu urutan langkah-langkah yang
ditentukan terlebih dahulu pada setiap masa
serta ia bukan juga seharusnya
linear. Sebaliknya, penyelesaian masalah adalah satu proses berulang iaitu anda
mesti pergi ke depan dan belakang secara berterusan antara langkah-langkah dan
mengulang beberapa langkah. Ini boleh dilihat sebagai satu pusingan
penyelesaian masalah (diilustrasi dalam Rajah 1.4) yang mana setiap proses
boleh masuk ke dalam proses lain melalui maklum balas dan pembetulan.
Langkah-langkah ini boleh
dipecahkan setiap satu kepada langkah-langkah lebih kecil untuk lebih
memudahkan anda menjalankan proses penyelesaian masalah. Langkah-langkah
tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1.5.
7) BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
1)
KENAL PASTI BENTUK MASALAH
·
Masalah berstruktur
(well-defined): masalah yg jelas dan maklumat lengkap
o
Kenapa enjin kereta tidak
dapat dihidupkan?
·
Masalah tidak berstruktur
(ill-defined): masalah yg kabur, tidak berstruktur dan tidak teratur jalan 2
penyelesaiannya.
o
Kenapa belia menagih dadah?
2)
Kenalpasti cara untuk
bertindak balas ke atas rintangan.
3)
Mencapai matlamat
Dapatkan
Idea
Bagi
menyelesaikan masalah itu, kita perlu mendapatkan idea bagi mencari kemungkinan
penyelesaian. Perenggan berikutnya boleh memberi anda idea tentang bagaimana
untuk mencari kemungkinan penyelesaian.
Mendapatkan
Idea bagi Kemungkinan Penyelesaian
I.
Baca, selidik,
fikir, tanya soalan dan bincang.
Mula dengan mengumpul maklumat tentang masalah anda. Ini
merangkumi membaca, berbincang, percambahan minda, bertanya soalan dan mencari
pendapat. Jadilah individu yang ingin tahu, cari idea dan belajar sebanyak mana
yang anda boleh tentang masalah.
II.
Guna teknik
mendapatkan idea seperti percambahan minda, secara paksa, rangsangan rambang
dan sebagainya
Dapatkan kesemua jenis idea sebanyak mungkin. Ini akan
memberi anda satu koleksi besar idea yang mana anda boleh pilih, adaptasi atau
gunakan untuk merangsang idea lain.
III.
Luangkan masa bagi
mengembangkan idea semasa pelbagai tahap mendapatkan idea.
Kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap,
iaitu:
1.
Persediaan: Pemikiran pertama,
penyelidikan, belajar, bekerja;
2.
Inkubasi: Masa untuk
membenarkan pemikiran tidak sedar bekerja;
3.
Celik akal: Memperoleh
pengecaman satu laluan penyelesaian, juga dikenali sebagai pengalaman atau
detik eureka;
4.
Implimentasi: Memperoleh
dan melaksanakan penyelesaian; dan
5.
Penilaian.
8)
RUMUSAN
·
Satu masalah wujud apabila
terdapat ketidak padanan antara apa yang sebenarnya berlaku dengan apa yang
kita mahu atau jangkakan akan berlaku.
·
Satu masalah boleh dilihat
sebagai satu peluang untuk pembaikan.
·
Penyelesaian masalah adalah
proses perolehan penyelesaian yang memuaskan, sebaik-baiknya dalam cara yang
tidak disangka.
·
Penyelesaian masalah boleh
dilihat sebagai satu struktur atau arah. Tahap-tahap dalam penyelesaian masalah
adalah:
o
Mengecam dan mendefinisi
satu masalah;
o
Mencari kemungkinan
penyelesaian;
o
Memilih penyelesaian
terbaik; dan
o
Mengimplimentasi
penyelesaian.
·
Mendefinisi satu matlamat
adalah penting dalam menentukan kewujudan masalah dengan langkah-langkah
berikut:
o
Meneroka masalah;
o
Membina matlamat;
o
Peroleh idea;
o
Pilih idea;
o
Implimentasi; dan
o
Nilai atau tindakan
susulan.
·
Dua pendekatan asas bagi
menyelesaikan masalah adalah mengatasinya dari punca atau mengatasi
simptom-simptomnya atau kesan.
·
Adalah penting untuk
merancang penyelesaian bagi masalah sebelum meneruskan kepada proses sebenar
menyelesaikannya.
mohon izin mengambil maklumat ini
ReplyDeleteApakah cara untuk mencapai kemahiran menyelesaikan masalah ini?
ReplyDeleteIdea yang diutarakan begitu memberi maklumat maklumat baru kepada saya.
ReplyDeleteSYABAS DIUCAPKAN SEMOGA SUKSES SELALU
INSYA ALLAH.WALLAHUA'LAM.